Blogger Layouts

Sunday, November 14, 2010

~@ku suDa jAtoO cHenta~

hiii all!!! hishh xleyh jadikk nie sumer org update blog..nk gakkk..tension lakk asik duk ngadap slide procuremnt n logistic jerkk....ermmm hr nie dh stdy cket dah tuk exam...tp tetibe jer rse nk citer psl cinta..chehhwahh...actually ak ade la tgk satu muvie korea nie..CD koleksi ak sndrik pye la...ntah xigt lakk tjuk die..tp korean series la..dr mula lakaran cinta dorg smpai habis citer tuhh ak follow...n terase lak nk wt entry nie...n mbuatkan ak memahami erti dn keadaan suatu percintaan...hurmm..
Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilai dan gunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu perasaan cinta yang indah...Seindah sewaktu ia diciptakan.,,ntahlaa..
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula bkn tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. kadang2...Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan...perpisahan yg tnpa kiter sedari terkadang kesilapan kter sndri....
kadang kala kite lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa berpenghuni...
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika kita memilikinya, kiter tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika kita tidak memiliki,apa pun ., yang lain yang kita miliki tidak banyak bererti...kiranya bagi kita hanya dia sorg jer yang kita nampak..even ada lg  lbih baik..tp die tetap terbaik utk kita...sbab cuma kta sorg jer yg taw psl dia...ermmm...
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan... Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain  itu, ia juga dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa...cuba renungkan...
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.

saja...saja...saja...suker..suker..ok la selamat study guys!!! may all A's in ur transcript guys!! chaiyokk..xmo cintun-cintun dh..study timeee!!!~~~mamapapa i miss u !! :(

No comments: